Khamis, 14 September 2017


Amalan Bahasa Rojak Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pengenalan
Bismillahghirahmanirahim....   
Assalamualaikum wbt, post pada kali ini kami membincang secara khusus mengenai "Amalan Bahasa Rojak Dalam Kalangan Rakyat Malaysia" dengan memberi penjelasan serta pencerahan terhadap tajuk yang ingin dibincangkan pada kali ini . kami mengharapkan perbincangan pada kali ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada semua mengenai tajuk perbincangan.


Takrifan & Sejarah Bahasa Rojak
    Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris.

Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa rojak dapat dikesan apabila sebuah entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang dari pelbagai bangsa dan budaya yang secara keseluruhannya bertutur lebih daripada 80 bahasa. Oleh itu, pedagang dunia dan penduduk tempatan sudah biasa menggunapakai pelbagai bahasa dalam satu pertuturan . Mengikut ensiklopedia Malaysia (vol. bahasa dan budaya), bahasa rojak merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya


Punca Bahasa Rojak
Punca utama penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri. Hal ini kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya para pelajar sekolah luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran.





Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Hal ini disebabkan kebanyakan dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Malah golongan yang terkenal dan terpelajar tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Hal ini menunjukkan bangsa Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang bercampuran berbanding daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul.




Kebaikan Bahasa Rojak
Bahasa rojak mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya adalah:
  1. Bahasa rojak lebih mudah dalam konteks memberi kefahaman kepada orang lain.
  2. Bahasa rojak mempunyai sifat memudahkan dan gemar dituturi oleh masyarakat Malaysia menyebabkan ia dianggap sebagai bahasa sebenar masyarakat Malaysia. (sumber:John Lee Ming Keong, "Proud to be a Malaysian",2010)
  3. Bahasa rojak merupakan cara yang lebih efektif dalam menyampaikan mesej.










  1. Bahasa rojak juga merupakan sesuatu yang boleh dianggap seni dan menyerlahkan lagi "kebolehan" rakyat Malaysia. (Kreatif)
  2. Bahasa rojak juga boleh menjadi medan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat di sesuatu negara contohnya di Jerman. (sumber: Jia Jin Foomelalui artikel"Bahasa rojak is part of Malaysian identity",2010)
  3. Menyemai semangat 1 Malaysia. (klik link video yang disediakan)
  4. Link video ( https://www.youtube.com/watch?v=mg09sPgazgs, https://www.youtube.com/watch?v=N-TdPkz0jT0, )



Keburukan Bahasa Rojak

Gejala bahasa rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin ketara. Antara impak penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya.
Fenomena ini akan memperlihatkan situasi masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak langsung akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan masyarakat.



Keburukan Bahasa Rojak
Impak-impak peggunaan bahasa rojak yang lain ialah:
  1. Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.
  2. Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
  3. Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
  4. Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
  5. Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika bangsa kita.


Pihak Bertanggungjawab 


Pihak yang paling berwajib dalam membendung fenomena ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif dengan duduk semeja dan berbincang mengenai isu ini. Bekas Ketua Pengarah DBP,Datuk A.Aziz Deraman memberitahu bahawa Akta DBP yang dipinda perlu mengatasi kuasa akta-akta yang lain. Hal ini bertujuan mengenakan tindakan undang-undang atas mereka yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain serta menggunakan bahasa kebangsaan dengan cara yang salah. Kerajaan sewajarnya memberikan penekanan yang lebih serius dalam menangani permasalahan ini. Selain itu, ibu bapa perlu menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang betul terhadap anak-anak. Hal ini perlu dilakukan dari peringkat awal iaitu semasa anak-anak masih kecil. Penggunaan bahasa Melayu yang betul daripada ibu bapa akan dapat mengelak penggunaan bahasa rojak dalam kalangan anak-anak daripada terus berleluasa. Keadaan ini dapat ditafsirkan melalui pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Oleh itu,bahasa Melayu yang betul tanpa dirojak dapat diterapkan terhadap anak-anak melalui paranan ibu bapa


Kesimpulan

Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia. Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.


Rujukkan :
1-  http://penyiaranislambahasarojak.blogspot.my/2017/02/pengenalan-apa-itu-bahasa-rojak-bahasa.html
2- http://www.ismaweb.net/2016/04/tanam-rasa-izzah-guna-bahasa-melayu-kita-bukan-inggeris-kata-naib-presiden-isma/
3- https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_rojak
4- https://zainorothman.wordpress.com/category/artikal/page/2/
5- https://www.bharian.com.my/node/144780
6- http://keris7lok.blogspot.my/2015/11/pencemaran-bahasa-ini-bahasa-paling.html
7- http://1bulan1adab.blogspot.my/2010/10/bahasa-rojak-perosak-bahasa.html


Diterbitkan oleh : 
- MUHAMMAD FIRDAUS BIN SHOHIMI     14F2021
- MOHD AZRAI BIN AWANG KASANI           14F2027
- MUHAMMAD RADZUAN BIN RAJALI       15F1023
- MUHAMMAD AZRUL BIN AZMI                15F1073
- MUHAMMAD ADHAM BIN RADUAN        15F1049
- AHMAD FATHAN BIN RIZAM                     15F1045
- MUHAMMAD RAHIMI BIN SAMURI         15F1061

Disemak oleh :
PN. WAHIDA BINTI MAT SAID 
( Pensyarah Jabtan Pengajian Am. POLISAS)




Rabu, 14 September 2016

Syria terus diZALIMI !!!!!!

Rakyat Syria terus dizalimi ibarat tiada penghujung ....
Wahai kaum muslimin marilah kita terus bermunajat pada ALLAH semoga rakyat syria bangkit semula ... mereka saudara kita .. semoga kekejaman ini berakhir secepatnya ... semoga musuh² islam mundur dan takut dengan kebangkitan islam ... "bantuan kita harapan mereka"

MAYAT DIBAKAR

Mayat di katakn di bakar d temui d Alor Limbat,  Marang,  Terengganu. Sekrg Malaysia berada d tangga 12 statistik jenayah d dunia dgn kadar 69.34%. Org Islam mgetahui bhw cara pyelesaian adalah kembali kpd hukum Islam. Kuatkuasakn Qisas. Jika tidak... Kita akn hanya mghitung & mbilang kadar jenayah.

Sumber : fb ustaz saiful mamat

Selasa, 13 September 2016

Boleh ke naik kat pudu..??

Boleh ke naik kat pudu

Terminal bas pudu kini tiada lagi...
Kisah benar..... disebabkan ada urusan di kampung admin terpaksa pulang ke perak daripada kuala lumpur biasalah kita jarang naik bas admin dengan dengan penuh keyakinan naik train pergi ke plaza rakyat sampai dekat stesen bas pudu pusing keliling cari kaunter tiket pusing punya pusing kosong je stesen bas pudu pastu jumpa satu apek tua tanya dekat dia kat mana nak beli tiket pastu dia cakap lu mau turun mana saya pun cakaplah nak pergi kemunting nak turun kemunting adik you kena naik dekat tbs punyala kecewanya kita pergi pudu dengan penuh harapan tiba-tiba takder bas, lepastu uncle cakap adik saya boleh tunjuk kat mana you boleh naik bas kalau u naik teksi mahal lebih baik naik bas dia pun jalan tunjuk tempat bas sekali dah sampai tempat bas dia cakap adik u bgi  sikit duit kopi, uncle pun takde duit pastu kita pun kesian tengok uncle tu sya pon bgi lah sikit duit kopi.... naik² je bas pergh penuh nya pendatang asing tuhan je yg tahu ..... seriusly ingat dah tersalah negara ok lah pastu dia punya bau huh memang mantap lah .... adoi jenuh benafas tara nk smpai tbs ... adoi haha pesanan sya kepada yg belom tahu ... nk kemana pon naik kat TBS je skrg ni pudu dah tak boleh ....... jgn tersalah mcm sya haha...

Isnin, 12 September 2016

Anak tetak bapa kandung sendiri

Baru-baru ini kita digemparkan dengan suatu peristiwa seorang anak yang menetak bapa kandungnya sendiri kebiadapan dan kesanggupan seorang anak itu disebabkan oleh pengaruh dadah percaya atau tidak peristiwa atau kejadian ini tidaklah menjadi isu yang panas kerana kita sering digemparkan dengan peristiwa-peristiwa yang hampir serupa berkaitan dengan kesan penyalah gunaan dadah sehingga isu sedemikian rupa sudah menjadi basi dalam masyarakat malaysia ... suspek telah pun ditangkap dan disoal siasat

Bismillahirohmanirohim...
KORBAN
Dalam dunia yang semakin maju segala²nya menjadi MUDAH.... dalam penulisan kali ini admin nak bincangkan tentang "everything is easy" ok tahukah anda MUDAH adalah kelancaran, kesenangan, sesuatu perkara yang sangat² diharapkan oleh kita semua.. Terutama perkara yang dilalui itu melibatkan kita.. kita semua sentiasa memikirkan jalan bagaimana untuk membuat sesuatu perkara dengan mudah sehinggalah kita melupakan perkara-perkara yang melibatkan pengorbanan kita sebagai manusia yang hidup dalam masyarakat yang sangat memerlukan pengorbanan antara satu sama lain. Dengan sikap yang dididik untuk sentiasa mencari jalan untuk memudahkan sehingga kita lupa bahawa kita juga tidak boleh meninggalkan pengorbanan dalam kehidupan kita ini. Mudah bukanlah sesuatu yang tidak boleh untuk dicari di dalam setiap perkara yang kita lakukan tetapi dengan persekitaran masyarakat yang sudah terbentuk dengan sifat untuk mempermudahkan sesuatu ini sebenarnya membentuk sifat yang sentiasa mempermudahkan sesuatu yang sepatutnya tidak boleh dipermudahkan sebagai contoh di dalam perkara-perkara yang melibatkan hukum-hukum yang memperlihatkan kesucian agama islam yang langsung tidak boleh dipermainkan kita mengambil mudah sehinggalah ianya dipermainkan oleh agama-agama lain. Namun hal yang demikian kita tidak boleh menyalahkan agama-agama lain yang mempersendakan agama islam itu kerana ianya disebabkan oleh kegagalan kita untuk menjaga ketetapan yang disyariatkan oleh agama sehingga perkara itu menjadi permainan sesetengah penganut agama lain yang tidak bertanggungjawab. Kita perlu sedar bahawa ianya disebabkan umat islam itu sendiri yang sentiasa mengambil mudah dalam segala perkara sehingga perkara-perkara yang melibatkan keagamaan juga turut dipermudah-mudahkan admin merasa bertanggungjawab untuk sama-sama kita saling ingat mengingati bahawa kita sebenarnya perlu berpegang teguh pada al-quran dan sunnah supaya kita tidak sentiasa mengambil mudah dalam semua perkara terutamanya perkara-perkara yang melibatkan keagamaan yang memperlihatkan kesucian agama islam itu sendiri. Disebabkan kita sentiasa untuk berada di dalam kesenangan, keselesaan yang telah kita kecapi ini sehingga kita langsung tidak mahu untuk melakukan pengorbanan, di mana pengorbanan ini merupakan sesuatu perkara yang tidak diingini tidak disukai tetapi ianya perlu dilakukan disebabkan menjadi kewajiban atau keperluan  insan biasa yang lain walaupun kita dalam keterpaksaan itulah yang dinamakan pengorbanan. Admin mengharapkan semoga pengorbanan yang kita lakukan selama ini tidak kira sama ada dari sudut yang kecil ataupun sudut yang besar semoga pengorbanan itu menjadi sesuatu amal ibadah yang diterima oleh Allah hu subhanahu wataala dengan mengenangkan peristiwa korban yang tunjukkn oleh  nabi Allah Ibrahim alaihissalam diperintahkan oleh Allah hu subhanahu wa ta'ala untuk menyembelih anaknya sendiri tetapi dengan berpegang teguh kepada prinsip agama dan juga ketakwaan kepada Allah hu subhanahu wataala nabi Ibrahim alaihissalam tetap melakukan perintah Allah hu subhanahu wa ta'ala dengan penuh keikhlasan, inilah yang perlu kita ambil iktibar semoga setiap perkara perkara yang memerlukan pengorbanan kita lah insan yang boleh memberikan pengorbanan itu insyaallah.

 "jika ada sumur di ladang boleh admin menumpang mandi, jika ada umur yang panjang admin akan menulis lagi" insyaallah....
 Assalamualaikum...