Bismillahirohmanirohim...
KORBAN
Dalam dunia yang semakin maju segala²nya menjadi MUDAH.... dalam penulisan kali ini admin nak bincangkan tentang "everything is easy" ok tahukah anda MUDAH adalah kelancaran, kesenangan, sesuatu perkara yang sangat² diharapkan oleh kita semua.. Terutama perkara yang dilalui itu melibatkan kita.. kita semua sentiasa memikirkan jalan bagaimana untuk membuat sesuatu perkara dengan mudah sehinggalah kita melupakan perkara-perkara yang melibatkan pengorbanan kita sebagai manusia yang hidup dalam masyarakat yang sangat memerlukan pengorbanan antara satu sama lain. Dengan sikap yang dididik untuk sentiasa mencari jalan untuk memudahkan sehingga kita lupa bahawa kita juga tidak boleh meninggalkan pengorbanan dalam kehidupan kita ini. Mudah bukanlah sesuatu yang tidak boleh untuk dicari di dalam setiap perkara yang kita lakukan tetapi dengan persekitaran masyarakat yang sudah terbentuk dengan sifat untuk mempermudahkan sesuatu ini sebenarnya membentuk sifat yang sentiasa mempermudahkan sesuatu yang sepatutnya tidak boleh dipermudahkan sebagai contoh di dalam perkara-perkara yang melibatkan hukum-hukum yang memperlihatkan kesucian agama islam yang langsung tidak boleh dipermainkan kita mengambil mudah sehinggalah ianya dipermainkan oleh agama-agama lain. Namun hal yang demikian kita tidak boleh menyalahkan agama-agama lain yang mempersendakan agama islam itu kerana ianya disebabkan oleh kegagalan kita untuk menjaga ketetapan yang disyariatkan oleh agama sehingga perkara itu menjadi permainan sesetengah penganut agama lain yang tidak bertanggungjawab. Kita perlu sedar bahawa ianya disebabkan umat islam itu sendiri yang sentiasa mengambil mudah dalam segala perkara sehingga perkara-perkara yang melibatkan keagamaan juga turut dipermudah-mudahkan admin merasa bertanggungjawab untuk sama-sama kita saling ingat mengingati bahawa kita sebenarnya perlu berpegang teguh pada al-quran dan sunnah supaya kita tidak sentiasa mengambil mudah dalam semua perkara terutamanya perkara-perkara yang melibatkan keagamaan yang memperlihatkan kesucian agama islam itu sendiri. Disebabkan kita sentiasa untuk berada di dalam kesenangan, keselesaan yang telah kita kecapi ini sehingga kita langsung tidak mahu untuk melakukan pengorbanan, di mana pengorbanan ini merupakan sesuatu perkara yang tidak diingini tidak disukai tetapi ianya perlu dilakukan disebabkan menjadi kewajiban atau keperluan insan biasa yang lain walaupun kita dalam keterpaksaan itulah yang dinamakan pengorbanan. Admin mengharapkan semoga pengorbanan yang kita lakukan selama ini tidak kira sama ada dari sudut yang kecil ataupun sudut yang besar semoga pengorbanan itu menjadi sesuatu amal ibadah yang diterima oleh Allah hu subhanahu wataala dengan mengenangkan peristiwa korban yang tunjukkn oleh nabi Allah Ibrahim alaihissalam diperintahkan oleh Allah hu subhanahu wa ta'ala untuk menyembelih anaknya sendiri tetapi dengan berpegang teguh kepada prinsip agama dan juga ketakwaan kepada Allah hu subhanahu wataala nabi Ibrahim alaihissalam tetap melakukan perintah Allah hu subhanahu wa ta'ala dengan penuh keikhlasan, inilah yang perlu kita ambil iktibar semoga setiap perkara perkara yang memerlukan pengorbanan kita lah insan yang boleh memberikan pengorbanan itu insyaallah.
"jika ada sumur di ladang boleh admin menumpang mandi, jika ada umur yang panjang admin akan menulis lagi" insyaallah....
Assalamualaikum...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan